Firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya;
“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”
Mengapa kebanyakan manusia tidak bersyukur sedangkan Allah akan tambah lagi nikmat-nikmatNYA terhadap hamba2NYA yang bersyukur??? Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 7 bermaksud:
“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amatlah pedih.”
Sesungguhnya nikmat Allah itu tak terkira...tak terhitung banyaknya..
Tetapi kebanyakan manusia..tidak bersyukur
Ya ALLAH..KAU jadikanlah aku...ahli keluargaku..saudara maraku...
sahabat-sahabatku dan mereka yang berada di sekelilingku dalam kalangan hambaMU yang sentiasa mensyukuri nikmat yang kau berikan kepada kami...
AMIIINNN ya rabbal aa'lamiin~
alhamdulillah a'aala kulli hal