Tuesday, March 8, 2011

:: perginya seorang SAHABAT ::

alhamdulillah..masih diberi nikmat kehidupan dan kesihatan pada ketika nie.. semoga nikmat keimanan terus kekal dalam diri..AMIIINNN~

Tanggal 5 Mac 2011..hari sabtu yang lepas..aku dikejutkan dengan satu mesej yang diterima dari seorang ustz kat MUNSHI IBRAHIM dulu..Ustz Harun Mamat..
"al fatihah,mohd rizaudin telah kembali ke rahmatullah pagi nie,telibat dalam kemalangan.."

Terkedu seketika..mohd rizaudin???kembali ke rahmatullah??setau aku nama sahabat kami tue ahmad ridzaudin..tp rase dah xde orang lain dah..bior btol..aku rply mesej tue mntak confirmation ustaz.."innalillah...btol ke ustz?" Hairan gak sbab ustz yg inform sdngkan kawan2 lain yang sekampung ngan arwah xde gtaw pape pown.. "btolla..xcdnt kat jb.." 


INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAAAJIII'UUUNN....daripada ALLAH kita datang kepadaNYA jualah kita kembali..ntah2 esok lusa giliran aku pulak..sapa tahu..

Aku pown 4wadla msg kat kawan2 sekolah psal hal nie..macam aku gak..sememngnya dorang t'kejut n xsangka..ada yg siap telefon tanya btol ke tak..ada yang kata aku main2..takkanla aku nak main2 pasal hidup n mati sahabat sendiri:(..apapun.. aku xsalahkan dorng..aku faham..dorng msti t'kejut..

Lawan kehidupan adalah kematian..Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.. Kalau bukan hari nie mungkin esok..lusa..tulat..sampailah pulak masa kita..Cumanya mentality kebanyakan kita mengatakan kematian itu hampir untuk orang2 yang sakit.. tua..uzur..sedangkan hakikat kehidupan bukanlah macam tue..apabila sampai masa yang berhak memnggil kita kembali menghadapNYA, mahu atau tidak, terpaksa atau rela, bersedia mahupun belum, kita harus segera menyahutNYA..Tidak ada penangguhan barang sedetik, apatah lagi sesaat, jauh lagi seminit dan amat mustahillah sehari...

Yang pergi tetap pergi..YAng hidup teruskan kehidupan seperti sediakala..mungkin esok giliran kita pula..sakit, xcdnt atau apa jua punca kematian hanyalah menjadi sebab semata2..Hakikatnya..peminjam harus memulangkan kembali apa yang dipinjam.. kehidupan nie pinjaman Allah kepada kita..bila sampai masa kita harus memulangkannya kembali..tidak ada satu pown yang kita miliki datang dari kita sendiri..PINJAMAN SEMATA-MATA!!!


KERANA APA???
Kerana kita ini adalah HAMBA..fitrah seorang hamba ialah kikir..tidak mempunyai apa2..apa yang mampu kita lakukan ialah mempersiapkan diri untuk bertemu dengan TUAN KITA iaitu ALLAH S.W.T



nie antara gambar terakhir ktorng sekelas ngan arwah..raya 2010


Ahmad Ridzaudin (b'baju hitam memandang kamera)


Semoga Allah melimpahkan rahmatNYA ke atas roh beliau..ALLAHYARHAM AHMAD RIDZAUDIN BIN ZAINAL..semoga kau tenang di sana..kami akan sentiasa mengingatimu..
aminn ya rabbal 'aaalamiinn..

~al fatihah~

Wednesday, March 2, 2011

bimbinglah aku YA ALLAH...

~SLOT: ISLAM ITU INDAH..IKIM fm~
setiap hari..ada beberapa pilihan kita kena buat antaranya:
nak dapat dosa ke pahala..nak masuk syurga ke neraka..allah murka ke allah redha..nak ambik buku amalan dengan tngan kanan ke tangan kiri...

sebelum tdo..maafkan semua orng dan sekiranya ade orng b'hutang dngan kita...
halalkan...sebabnya..bila kita halalkan INSYAALLAH dapat pahala..klw kita xhalalkan pown bukan kita dapt balik duit kita kan..

>muhasabah diri..mampukah aku???<